Thursday, 27 December 2012

Gambar Buku Tekno.

Assalammualaikum dan Hi.
 
Ini adalah gambar kumpulan kami dengan buku tekno masing-masing. ^__^


kami bangga ada buku tekno.

Facebook: Timeline.

Assalammualaikum dan Hi.
 
 
Kumpulan kami telah membentangkan tajuk Web 2.0 dengan memfokuskan kepada pembelajaran menggunakan Facebook dalam bilik darjah. Dalam pembentangan tersebut, kami menekankan penggunaan timeline satu aplikasi baru dalam facebook.
 
 
Berikut merupakan paparan slide yang kami bentangkan. Boleh klik DISINI.
 
 
ps: Semasa pembentangan dijalankan, kami juga menyentuh bahagian bagaimana membina page, questions and polls, figures of interest yang berkaitan dengan timeline.

Penggunaan Facebook dalam Subjek Sejarah

Assalammualaikum. Hi.


Facebook merupakan satu perisian atas talian yang terkini. Secara amnya, laman sosial seperti Facebook digunakan untuk mendapatkan rakan dalam laman sosial di samping sebagai tempat untuk berkongsi cerita dan maklumat dari pelbagai tempat di dunia. Namun, 
 juga boleh digunakan sebagai medium kepada proses dalam bilik darjah iaitu sesi pembelajaran dan pengajaran.
 
 
untuk info lebih lanjut, baca DISINI.

Web 2.0

Assalammualaikum. Hi.


Pernah dengar mengenai Web 2.0?
 
Web 2.0 adalah cara baru dalam menggunakan internet yang berbeza dengan evolusi sebenar yang berteraskan web 1.0. Pada asasnya web 2.0 merujuk kepada cara yang lebih maju untuk berkongsi maklumat, bekerjasama, berkomunikasi dan saling beroperasi. Pengguna menjadi penyumbang kepada kandungan laman web. Web 2.0 sering dikaitkan dengan penciptaan rangkaian laman sosial seperti MySpace, Facebook, Twitter, laman perkongsian video (YouTube), Wiki, Blogs.


Untuk info selanjutnya, baca DISINI.

Teori Pembelajaran

Assalammualaikum. hi.



Terdapat tiga kategori utama kerangka teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme, dan konstruktivisme. Setiap teori ini meliputi perspektif, andaian dan kepercayaan yang berlainan tentang pembelajaran. Behaviorisme berfokus kepada aspek pembelajaran tingkahlaku yang boleh dilihat. Kognitivisme pula melibatkan penjelasan terhadap pembelajaran berasaskan otak. Manakala konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai satu proses bagaimana murid membina idea atau konsep-konsep baharu secara aktif.  Dengan itu, adalah sesuai bagi kita untuk meneliti bagaimana teori-teori ini berkembang dalam pengajaran dan pembelajaran.



Untuk info selanjutnya, baca DISINI.

Pembelajaran Alam Maya.


Assalammualaikum dan hi.


Pembelajaran maya merupakan satu corak untuk memperoleh ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem talian (online) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan atau maklumat, pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.

Untuk info selanjutnya, sila baca DISINI

Hala Tuju Pendidikan Abad Ke-21

Kemahiran Abad Ke-21 merujuk kepada elemen berikut:
  • Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara Budaya (Social and Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Ciri-ciri Guru Abad Ke-21 adalah:
  • menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  •  memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran 
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
Ciri-ciri Murid Abad Ke-21 antaranya ialah:
  • Berupaya membuat hubung kait
  •  Bijak menyoal
  • Yakin berkomunikasi
  • Mengambil risiko
  • Dahagakan ilmu
  • Ingin tahu
  • Menjana idea
  • Fleksibel
  • Tidak berputus asa
  • Mendengar dan membuat refleksi
  • Berkemahiran kritis
  • Menguasai kemahiran literasi
  • Berani mencuba
  • Berkeperibadian tinggi
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad Ke-21 merangkumi:
  1. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  2. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  3. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
                                                   sumber: