Terdapat tiga kategori utama kerangka teori pembelajaran
iaitu behaviorisme, kognitivisme, dan konstruktivisme. Setiap teori ini
meliputi perspektif, andaian dan kepercayaan yang berlainan tentang
pembelajaran. Behaviorisme berfokus kepada aspek pembelajaran tingkahlaku yang
boleh dilihat. Kognitivisme pula melibatkan penjelasan terhadap pembelajaran
berasaskan otak. Manakala konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai satu
proses bagaimana murid membina idea atau konsep-konsep baharu secara aktif. Dengan itu, adalah sesuai bagi kita untuk
meneliti bagaimana teori-teori ini berkembang dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk info selanjutnya, baca DISINI.
No comments:
Post a Comment